Pitch Perfect
Pitch Perfect

Pitch Perfect

Pitch Perfect ialah sebuah filem muzikal komedi Amerika Syarikat 2012 ditulis oleh Kay Cannon dan diarahkan oleh Jason Moore.[2] Filem ini dibintangi Anna Kendrick, Skylar Astin, Rebel Wilson, Anna Camp, Brittany Snow, Ester Dean, Alexis Knapp, Hana Mae Lee, Adam DeVine, Ben Platt, John Michael Higgins dan Elizabeth Banks. Plot ini mengisahkan sekumpulan pelajar perempuan Universiti Barden yang menubuhkan kumpulan a cappella, The Barden Bellas, yang bersaing dengan satu lagi kumpulan a cappella dari kolej mereka untuk memenangi pertandingan peringkat kebangsaan. Filem ini diadaptasi daripada buku bukan cereka tulisan Mickey Rapkin, bertajuk Pitch Perfect: The Quest for Collegiate a Cappella Glory. Penggambaran dimuktamadkan pada Disember 2011, di Baton Rouge, Louisiana.Tayangan perdana filem ini diadakan di Los Angeles pada 24 September 2012.[3] Ditayangkan pada 28 September 2012 di Amerika Syarikat, filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik. Ia merupakan satu kejayaan komersial[4] dan meraih sebanyak $115 juta di serata dunia. Ia merupakan filem pertama daripada siri filem ini dan diikuti oleh dua kesinambungan filemnya, Pitch Perfect 2 (2015) dan Pitch Perfect 3 (2017). Lakonlayar untuk kesemua tiga filem ini disediakan oleh Kay Cannon.

Pitch Perfect

Bahasa Bahasa Inggeris
Berdasarkan Pitch Perfect: The Quest for Collegiate A Cappella Glory oleh
Mickey Rapkin
Lakon layar oleh Kay Cannon
Muzik oleh
  • Christophe Beck
  • Mark Kilian
Disunting oleh Lisa Zeno Churgin
Pengarah Jason Moore
Penerbit
Pecah panggung $115.4 juta
Mula ditayangkan
  • 24 September 2012 
    (Cinerama Dome)
  • 28 September 2012
    (Amerika Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Gold Circle Films
Sinematografi Julio Macat
Tempoh tayangan 112 minit[1]
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Universal Pictures
Perbelanjaan $17 juta

Rujukan

WikiPedia: Pitch Perfect http://7online.com/entertainment/its-a-three-peat-... http://www.allaccess.com/top40-mainstream/future-r... http://www.billboard.com/articles/columns/pop-shop... http://boxofficemojo.com/movies/?id=pitchperfect.h... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=pitchperfe... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=daily&id... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3541&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/weekend/chart/?yr=201... http://www.cinemareview.com/production.asp?prodid=... http://www.cnn.com/2014/09/15/us/miss-america-winn...